Sabtu, 30 November 2013

Fakta Mengenai Air


Sekadar berkongsi, beberapa fakta mengenai air. Diharap pembaca dapat sesuatu yang bermanfaat.


  • Air terdiri daripada 3 atom iaitu 2 atom hidrogen dan 1 atom oksigen.(formula kimia ialah H2O)
  • Air bukan sahaja boleh dijumpai di permukaan bumi, malah air juga boleh didapati di dalam bumi dan di udara.
  • Lebih 70% daripada permukaan bumi terdiri daripada air.
  • Terdapat 2 jenis air di bumi ini iaitu air tawar dan air masin. Hanya 3% adalah terdiri daripada air tawar. Air tawar termasuklah air bawah tanah, tasik, sungai, air terjun,kolam dan lain-lain.
  • Dalam tempoh 100 tahun, satu molekul air menghabiskan masa selama 98 tahun di laut, 20 bulan sebagai ais, 2 minggu di tasik atau sungai dan kurang seminggu di udara.
  • Jika air mengandungi larutan kandungan kalsium dan magnesium yang banyak, air tersebut diistilahkan sebagai hard water. Air ini tidak sesuai digunakan bagi apa-apa jenis aktiviti atau tujuan.



  • Secara purata, sebanyak 66% daripada badan manusia terdiri daripada air. Air wujud dalam semua organ manusia dan dipindahkan ke seluruh badan manusia bagi membantu proses fizikal badan.
  • Jumlah kandungan air di dalam otak ialah 75%, tulang 25% dan darah 83%.
  • Bagi orang dewasa, jumlah air di dalam badan ialah sebanyak 37 liter.
  • Seseorang individu boleh hidup 1 bulan tanpa makanan tetapi hanya 7 hari tanpa minuman.
  • Seseorang individu perlu minum sekurang-kurangnya 1-5 hingga 2 liter air setiap hari untuk kekal cergas.
  • Air mengawal suhu badan dan juga membuang sisa buangan dari badan manusia. 
  • Air merupakan pelarut yang terbaik. Hampir semua bahan boleh dilarukan menggunakan air. Jika dibandingkan dengan asid sulfurik, air merupakan pelarut yang lebih baik.



  • Terdapat 70 000 jenis bahan pencemar air.
  • Terdapat 12 000 jenis bahan toksik yang digunakan dalam industri. Lebih dari 500 bahan toksik baru dihasilkan setiap tahun bagi memenuhi sektor perindustrian.
  • Lebih daripada 3.4 juta manusia mati setiap tahun akibat masalah berkaitan air dan kebersihan yang tidak dijaga.
  • Kekurangan akses kepada sumber air yang bersih menyebabkan kematian di kalangan kanak-kanak menyamai kadar jet jumbo terhempas setiap 4 jam. Satu jet jumbo boleh memuatkan antara 350 ke 450 penumpang. Jika diambil bilangan 400 penumpang, ini bermakna setiap 4 jam, seramai 400 kanak-kanak mati akibat air.

Sumber:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan