Sabtu, 30 November 2013

Air kotor dan air sakit

Jika entry sebelum ini membincangkan tentang beberapa fakta penting berkenaan dengan air, pada kali ini saya akan berkongsi berkenaan dengan air kotor dan air sakit. Nampak seperti sama namun sebenarnya berbeza. Satu persoalan timbul di sini. Adakah air kotor ini semata-mata air sungai yang kita nampak keruh, kemudian kita pun mengatakan "Eiii...kotornya air sungai ni". Atau mungkin juga kita nampak aliran air samaada longkang atau sungai yang penuh dengan sampah sarap lalu mengatakan "Alamak....kotor betul air kat tempat ni".


Bagaimana pula dengan air jernih yang kita minum seharian? Adakah air berkenaan benar-benar bersih yang diperlukan oleh tubuh badan kita?



Bagi menjawab persoalan di atas, mari kita lihat ilustrasi bergambar di bawah. Sila klik image bawah untuk lebih jelas.





Air kotor ialah air yang keruh dimana mudah dikesan dengan mata kasar. Air ini terdiri daripada karat, endapan, debu, najis dan sebagainya. Air ni juga mengandungi bahan cemar biologikal seperti bakteria, virus dan parasit. Di samping itu, produk sampingan disinfeksi seperti trihalomatan(THM) dan kloroform juga 'tersimpan' sama dalam air kotor.




Berikutan perkembangan pesat dalam pembangunan negara, kini air sakit pula memberi kesan kepada kehidupan manusia. Air sakit sering kelihatan bersih, jernih dan tidak berbau namun di sebalik itu terdapat pelbagai sisa dan bahan terlarut yang merbahaya. Sisa-sisa ubat farmaseutikal seperti hormon, ubat jantung serta ubat antimurung sering dibuang seterusnya mendap dalam tanah dan terlarut dalam air. Selain itu bahan cemar terlarut seperti racun perosak, racun rumpai dan sisa-sisa perindustrian turut mencemarkan air sakit ini. Tidak ketinggalan, logam berat terlarut seperti plumbum, nitrat, arsenik, asbestos dan mangan turut memberi kesan jangka masa panjang kepada kehidupan manusia.




Fakta Mengenai Air


Sekadar berkongsi, beberapa fakta mengenai air. Diharap pembaca dapat sesuatu yang bermanfaat.


  • Air terdiri daripada 3 atom iaitu 2 atom hidrogen dan 1 atom oksigen.(formula kimia ialah H2O)
  • Air bukan sahaja boleh dijumpai di permukaan bumi, malah air juga boleh didapati di dalam bumi dan di udara.
  • Lebih 70% daripada permukaan bumi terdiri daripada air.
  • Terdapat 2 jenis air di bumi ini iaitu air tawar dan air masin. Hanya 3% adalah terdiri daripada air tawar. Air tawar termasuklah air bawah tanah, tasik, sungai, air terjun,kolam dan lain-lain.
  • Dalam tempoh 100 tahun, satu molekul air menghabiskan masa selama 98 tahun di laut, 20 bulan sebagai ais, 2 minggu di tasik atau sungai dan kurang seminggu di udara.
  • Jika air mengandungi larutan kandungan kalsium dan magnesium yang banyak, air tersebut diistilahkan sebagai hard water. Air ini tidak sesuai digunakan bagi apa-apa jenis aktiviti atau tujuan.



  • Secara purata, sebanyak 66% daripada badan manusia terdiri daripada air. Air wujud dalam semua organ manusia dan dipindahkan ke seluruh badan manusia bagi membantu proses fizikal badan.
  • Jumlah kandungan air di dalam otak ialah 75%, tulang 25% dan darah 83%.
  • Bagi orang dewasa, jumlah air di dalam badan ialah sebanyak 37 liter.
  • Seseorang individu boleh hidup 1 bulan tanpa makanan tetapi hanya 7 hari tanpa minuman.
  • Seseorang individu perlu minum sekurang-kurangnya 1-5 hingga 2 liter air setiap hari untuk kekal cergas.
  • Air mengawal suhu badan dan juga membuang sisa buangan dari badan manusia. 
  • Air merupakan pelarut yang terbaik. Hampir semua bahan boleh dilarukan menggunakan air. Jika dibandingkan dengan asid sulfurik, air merupakan pelarut yang lebih baik.



  • Terdapat 70 000 jenis bahan pencemar air.
  • Terdapat 12 000 jenis bahan toksik yang digunakan dalam industri. Lebih dari 500 bahan toksik baru dihasilkan setiap tahun bagi memenuhi sektor perindustrian.
  • Lebih daripada 3.4 juta manusia mati setiap tahun akibat masalah berkaitan air dan kebersihan yang tidak dijaga.
  • Kekurangan akses kepada sumber air yang bersih menyebabkan kematian di kalangan kanak-kanak menyamai kadar jet jumbo terhempas setiap 4 jam. Satu jet jumbo boleh memuatkan antara 350 ke 450 penumpang. Jika diambil bilangan 400 penumpang, ini bermakna setiap 4 jam, seramai 400 kanak-kanak mati akibat air.

Sumber:

Jumaat, 29 November 2013

Elken Day di Felda Besaout 2

First time menghadirkan diri ke Elken Day bertempat di Dewan JKKR Felda Besaout 2, Sungkai Perak. Rasa gembira kerana sahabatku dari Slim River dapat hadir bersama-sama pergi ke program tersebut. Sahabatku yang pertama kali mendengar ceramah daripada CCM ELKEN terus bersemangat dan mendaftar sebagai ahli.

Melihatkan semangat beliau, diriku menjadi lebih bersemangat. Antara slot dalam program tersebut ialah perkongsian tentang air sihat&air sakit, MRT(makanan kesihatan), urutan Guasa dan CBP(cara membuka peluang untuk menjana pendapatan). Antara yang hadir ialah DCM Aida/Kai(upline saya), CCM Rohana, MCCM Tom Heng&Florence, DCM Zuraidah dan lain-lain.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi sharing. Hari ini saya telah melabur untuk alat bantu pertama saya iaitu BEG TEST AIR. Besok terus nak sharing. InshaaAllah...





Khamis, 28 November 2013

Selamat Datang


Assalamualaikum dan hye kepada semua. Selamat datang ke blog yang tak seberapa ini. Semoga segala perkongsian di dalam blog ini memberi info yang berguna dan tepat berkenaan produk ELKEN.

Sebarang pertanyaan/feedback/cadangan/pandangan amatlah dialukan. Sila email ke elken4u2013@gmail.com