Sabtu, 30 November 2013

Air kotor dan air sakit

Jika entry sebelum ini membincangkan tentang beberapa fakta penting berkenaan dengan air, pada kali ini saya akan berkongsi berkenaan dengan air kotor dan air sakit. Nampak seperti sama namun sebenarnya berbeza. Satu persoalan timbul di sini. Adakah air kotor ini semata-mata air sungai yang kita nampak keruh, kemudian kita pun mengatakan "Eiii...kotornya air sungai ni". Atau mungkin juga kita nampak aliran air samaada longkang atau sungai yang penuh dengan sampah sarap lalu mengatakan "Alamak....kotor betul air kat tempat ni".


Bagaimana pula dengan air jernih yang kita minum seharian? Adakah air berkenaan benar-benar bersih yang diperlukan oleh tubuh badan kita?



Bagi menjawab persoalan di atas, mari kita lihat ilustrasi bergambar di bawah. Sila klik image bawah untuk lebih jelas.





Air kotor ialah air yang keruh dimana mudah dikesan dengan mata kasar. Air ini terdiri daripada karat, endapan, debu, najis dan sebagainya. Air ni juga mengandungi bahan cemar biologikal seperti bakteria, virus dan parasit. Di samping itu, produk sampingan disinfeksi seperti trihalomatan(THM) dan kloroform juga 'tersimpan' sama dalam air kotor.




Berikutan perkembangan pesat dalam pembangunan negara, kini air sakit pula memberi kesan kepada kehidupan manusia. Air sakit sering kelihatan bersih, jernih dan tidak berbau namun di sebalik itu terdapat pelbagai sisa dan bahan terlarut yang merbahaya. Sisa-sisa ubat farmaseutikal seperti hormon, ubat jantung serta ubat antimurung sering dibuang seterusnya mendap dalam tanah dan terlarut dalam air. Selain itu bahan cemar terlarut seperti racun perosak, racun rumpai dan sisa-sisa perindustrian turut mencemarkan air sakit ini. Tidak ketinggalan, logam berat terlarut seperti plumbum, nitrat, arsenik, asbestos dan mangan turut memberi kesan jangka masa panjang kepada kehidupan manusia.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan